Wednesday, December 1, 2010

LIMA SEBELUM LIMA

PESAN YANG TERSANGAT PENTING
LIMA SEBELUM LIMA
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اغتنم خمسا قبل خمس;شبابك قبل هرمك;وصحتك قبل سقمك;وغناك قبل فقرك;وفراغك قبل شغلك;وحياتك قبل موتك
(SABDA RASULULLAH :REBUTLAH PELUANG LIMA PERKARA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA: WAKTU MUDA SEBELUM TUA*WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT*WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN*WAKTU LAPANG SEBELUM SIBUK*WAKTU HIDUP SEBELUM MATI)

APA IKTIBARNYA?
Hadis ini mempunyai nilai yang sangat tinggi bagi sesiapa yang ingin meraih kejayaan dunia dan akhirat. Tentu kita semua sangat obsess untuk mendapat kejayaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kerana kita semua tahu, akhirat merupakan kehidupan yang kekal abadi. Kita kita gagal di akhirat bermakna kita akan hidup melarat selama-lamanya. Mampukan kita kekal hidup dalam keadaan melarat? Oh! tidak! Malah tidak dapat dibayangkan. Melarat sehari dua pun kita sudah tercungap-cungap, bagaimana pula kalau abadal abad.
Post kali ini, saya hanya mahu menyentuh satu perkara; waktu lapang sebelum sibuk. Beberapa persoalan saya kemukakan untuk muhasabah diri dan mengajak semua untuk turut bermuhasabah.
Adakah kita sedar adanya pesan ini daripada Nabi yang tercinta?
Dengan pesan ini adakah kita sedar betapa Nabi sangat mencintai kita?
Adakah kita menghargai kasih sayang Nabi terhadap kita?
Jika kita rasa kita menghargai kasih sayang Nabi adakah kita meneliti dengan cermat bagaimana kita mengisi setiap detik yang berlalu?
Adakah kita mengisinya dengan hal-hal keimanan dan ketakwaan atau dengan lagha(hal sia-sia)?
Ayat-ayat al-Qur`an berikut wajar kita teliti tentang nilai kehidupan di dunia ini:

محمد36{إِنَّمَا الحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ }

الأنفال28{وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ }

النساء77{قُلْ مَتَاعُ الدَّنْيَا قَلِيلٌ وَالآخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ اتَّقَى}

القصص60{وَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى أَفَلَا تَعْقِلُونَ }

آل عمران14 { وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ }
Jelas sejelas siang lagi bersuluh, jika kita lalai dengan kehidupan dunia, kita akan rugi meraih kejayaan di akhirat.
Ayuh kita merebut laba kemewahan akhirat sekurang-kurangnya dengan zikir setiap waktu dan tidak leka berbual kosong di laman-laman chat di maya atau secara offline.